Wednesday, December 9

RAMAI ORANG SAYANG SAYA...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah...Saya ada masa terluang seawal pagi untuk berkongsi cerita dengan anda semua. Selalunya waktu begini, saya sudah berada di taska untuk turut sama menjaga dan melayan karenah anak-anak di sana. Pergi pagi...pulang petang, kadangkala malam. Bersama dengan anak-anak di sana, saya langsung tak berkesempatan (mungkin juga saya sengaja mencipta ketidaksempatan itu) untuk membelek blog mahupun facebook... :)

"Teacher Dina ada baby ye?"

"Dalam perut Teacher Dina ada gajah la..."

"Kita nak baring kat perut Teacher Dina la..."

"Dalam perut Mama kita pun ada baby juga..."

"Nanti baby Teacher Dina, boy ke girl?"

Hahaha...Dialog di atas semakin kerap saya dengar setiap kali meluangkan masa bersama mereka semua sebaik sahaja salah seorang staff memaklumkan kepada mereka bahawa saya sedang pregnant.

"No no no no...Jangan buat macam tu pada teacher. Dalam perut teacher ada baby. Kesian teacher" Kata Cikgu Linda, apabila Yaya dan Humaira berebut-rebut untuk duduk di atas riba saya.

"Teacher tak boleh dukung Humaira...Dalam perut teacher ada baby. Humaira dah berat. Nanti teacher tak larat..." Kata Cikgu Aisyah apabila Humaira merengek minta didukung seperti kebiasaannya.

"Kalau semua orang nakal, nanti Teacher Dina pengsan...Siapa nak tolong angkat?" Kata Cikgu Mira apabila kanak-kanak lelaki mula bertindak agresif melompat-lompat dan juga cuba bergusti di antara satu sama lain.

Ironinya, apabila nama saya dikaitkan dengan setiap akibat yang berlaku atas perbuatan mereka...segala kenakalan yang terserlah, lenyap begitu sahaja. Mengapa?

"Syebab Ammar shayang cicer Dina. Nanti kalau Ammar nakal, cicer Dina tak sayang Ammar"

"Yaya shuke cicer...Yaya takmau dukung tau...Yaya berat. Nanti cicer tak layat"...

"Saya tak nakal...Ammar tu yang suka buat saya"

"Mana ada! Kita tak buat...Muhammad tu yang tamak. Nak main bola sholang-sholang!"

"Tapi kita selalu line up...Ammar tak line up!"

"Kita line up je!!!!! Kita line up la!!!!" Biasanya bila dah ada adegan jerit-jerit macam tu...Akan berakhir dengan tangisan tak puas hati. Hahaha...Itulah namanya kanak-kanak.

Indah rasanya hidup ini bila disayangi ramai. Di taska, saya ada anak-anak yang sentiasa teruja setiap kali melihat kemunculan saya di pintu hadapan. Alhamdulillah...Semua staff saya juga menyayangi saya seikhlas hati. Sebaik sahaja saya memberitahu mereka bahawa saya sedang pregnant, mereka sama-sama melakukan solat hajat...Memohon kepada Allah S.W.T. semoga kandungan saya selamat. Dan yang lebih membuatkan saya bahagia, pelanggan-pelanggan saya juga menyayangi saya dengan memberikan tips-tips dan juga nasihat. Masih tergambar di ingatan apabila beberapa orang kakak (Pelanggan saya lebih selesa membahasakan diri mereka 'kakak' in stead of 'puan') melompat-lompat dan memeluk saya dengan erat sebaik sahaja staff saya memaklumkan mengenai berita gembira itu. (Saya malu nak bagitau sendiri ). Tak kurang juga ada kakak-kakak yang membebel kerana melihat saya berada di taska. Mereka mahu saya berehat secukupnya di rumah. Bukan berada di taska melayan karenah anak-anak yang boleh dikatakan semuanya aktif. Kakak-kakak yang bekerja sebagai jururawat pula, sibuk meraba-raba perut saya sambil membebel itu dan ini.

Di rumah, tentulah saya ada suami yang mengambil berat dan memahami. Sudah ada dialong begini:

"Mama dah minum shushu nemum? " (Mama dah minum susu anmum?)

"Hari ni mama naughty tak?"

"Mama mengaji surah apa hari ni?"

Dialog seorang ayah kepada baby:

"Tunggu 9 bulan 10 hari baru keluar tau...Jangan keluar sekarang. Kesian mama..."

"Nanti dah besar jangan gedik macam mama tau..."

Saya juga ada keluarga yang menyayangi saya. Saya ada Mak yang tak pernah jemu mengingatkan saya agar lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan. Abah juga kerap call untuk memastikan saya tidak melakukan kerja berat, kakak-kakak dan abang-abang menasihatkan itu dan ini. Adik-adik juga melakukan perkara yang sama. Ipar duai kerapkali call bertanyakan khabar. Kalau saya nak sebut satu persatu...Tak cukup page. Memadai kalau saya katakan...saya ada sebuah keluarga besar yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri saya. Tak lupa juga saudara mara, sepupu sepapat...Anak-anak saudara kedua belah pihak. Haa..kan saya dah cakap, tak cukup page!

Dan yang paling PENTING...Saya ada ANDA sebagai kawan-kawan yang sentiasa mendoakan saya. Peranan anda sama sahaja dengan mereka-mereka di atas. Segala doa,tips dan nasihat daripada anda amat saya saya hargai. Dan segala ucapan tahniah yang masih tak henti-henti saya terima dari anda, dibalas dengan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kehidupan anda dan mereka-mereka yang menyayangi serta mengambil berat tentang diri saya. TERIMA KASIH SEMUA.

WASSALAM




17 comments:

Tirana said...

Kasihsayang yang tidak bernilai..Kasih sayang itu kadang2 memberi kita kekuatan.. Jaga diri baik-baik ye Na...

ArPeGGiOS said...

kami juga walaupun tak pernah bersua muka tetap sayang kan Na sebagai sahabat blogger

nurulshari said...

yep, semua shayang cicer dina.
jaga diri elok2.
lun xley nk lawat slalu, takot nnt baby kenan jadi gedix lebih mcm maksu dia. hahaha

Sasha said...

comey je prangai budak2... hehe... yg penting Na kena maintain hepi jugak yer... nnti baby pun keluar hepi... ;)

Ummu Mishkah said...

Kak Tie pun sayang Na! :)

DUN Behrang 2020 said...

Indahnya kehidupan kalau semua manusia hidup saling sayang menyayangi antara satu sama lain...tapi tidak semua manusia bersikap begitu...apapun diri akan rasa disayangi jika kita ikhlas menyayangi orang lain...

Unknown said...

salam Na..
salam kenal dr akak , dah berapa bulan yer , jgn lupa amik doa dlm N3 akak yg terbaru tu untuk mudah bersalin...

Catwoman said...

Akak juga sayangkan kamu,Dik.

;) Jaga kandungan tu baik2 ye.

cheryna zamrinor said...

sayang kak na!!!

kak na, jaga anak buah tu baik2 tau...take care:)

Cik Azz said...

Salam Na....

moga2 terus beroleh kesihatan yg baik...dan jaga diri selalu ya...Jangan buat kerja teruk2 sgt.....dan juga banyak bersabar....

Allah sentiasa berada di sisi org yg sabar dan tabah....

alang said...

erm, klau staf2 kak Na yg suh jaga diri, jgn jalan byk sgt and so on.. Saya tak hairan sgt. Bos diaorang la. Tapi klau budak2 yg bagi pesanan, diorang memang ikhlas. Dah la budak2 ni takde dosa lagi. Memang beruntung sebab diaorng berdoa utk kesihatan akak n kandungan.

Nway tersentuh ayat ni
"Tunggu 9 bulan 10 hari baru keluar tau...Jangan keluar sekarang. Kesian mama..."
-Ada maksud tersirat.

Tapi tersenyum bila baca ayat nie;
"Nanti dah besar jangan gedik macam mama tau..."


hehe. Btw saya doa semoga akak n kandungan sehat sejahtera ya.

Klau nk buat kenduri potong jambul nanti jgn lupa jemput k. Nak picit2 pipi budak tu. hehe.

Ayu Cute said...

Salam Na...
Kasih syg adalah kurniaan yg paling agung!Bersyukurlah kerana kita sentiasa dikelilingi orang-orang yg menyayangi kita...Take care as always!

Hamizah said...

sayang Na juga..
take care

Hamizah said...

sayang Na juga..
take care

Yunus Badawi said...

Saya kira dah agak lambatlah ni nak ucap tahniah huhuhu. Tapi takpe kan? hehehe

Semoga Na dan bayi yg dlm kandungan sihat2.

* adeqya8284 * said...

Salam Sis,
Pepatah inggeris ada menyebut
"Wahatever you give to life it gives you back, Love others. and Love will comeback to you"

akak disayangi kerana akak menyayangi
=)

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih