Tuesday, December 15

SAMBUNG PASAL DOLPHIN DAN SEA LION

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Okay, sambung pasal entri semalam. Sorry la kalau maklumat tak berapa lengkap. Berkenaan dengan harga tiket dan waktu pertunjukan (Kalau tak silap saya la), sila rujuk butiran di bawah:


THE DOLPHINS AND SEA LIONS SHOW

Masa: 11.30 a.m , 3.30 p.m , and 5.30 p.m (Isnin-Ahad)

Harga: Dewasa RM 52, Kanak-kanak RM 36

Show berjalan selama 40 minit, dimulakan dengan pertunjukan dua ekor sea lion dan kemudian disudahi dengan pertunjukan dua ekor dolphin.

Selepas show berlangsung, penonton boleh berbaris untuk berfoto dengan dolphin. Kalau tak salah saya, bukan semua orang boleh dapat bergambar personal dengan dolphin ni. Hanya mereka yang ada voucher sahaja boleh berbuat demikian.

Masa beli tiket, cuba tanya kat kaunter...ada bayaran tambahan tak untuk bergambar secara personal. Macam saya dan anak-anak saudara hari tu, suami saya dah uruskan hal tiket. So, kami terus line up untuk masuk ke dalam. Tak tau pun pasal voucher tu. Then, bila show dah habis...bila nampak orang line up, kami pun tanya pada salah seorang krew. Katanya, untuk bergambar secara personal, perlu ada voucher tambahan sebanyak RM 15. Takpe la...dapat tengok show pun dah kira puas hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya masih lagi mencuba SEDAYA UPAYA untuk upload video aksi-aksi dolphins and sea lions. Malangnya, saya tunggu terlalu lama. Sampai tersengguk-sengguk. Still tak boleh upload. Kat facebook senang pulak nak upload. Takpe la...Usaha tangga kejayaan. Nanti saya cuba lagi okay...

WASSALAM.





7 comments:

ArPeGGiOS said...

cerita kat kakak. beriya dia nak pergi. tapi mahal sangat la. tunggu video dari na jer la.

alang said...

Nie klau bawak budak2 pergi mesti diorang seronok nie. :)

Sasha said...

dah cuba dwnload kat youtube... cepat video pun clear... Rasa2 nak gi tgk jugak nih!

ain said...

oowwhhh...sunway ada pertunjukan sea lions n dolphin ke..??alahai ruginya anak2 akak tak dpt nk tengok. nak pi sendiri bawak2 anak2 tak berani le pulak. nak tunggu hubby, awal tahun baru balik jap.

Zyma Saad said...

Salam Maal Hijrah,Dear Na.

Jaga kesihatan diri ye....
Akak tak sempat nak baca n3 kamu habis lagi.....nanti Akak dtg lagi.

;)

ASYIQ said...

Salam Na,

Mesti best kan...tiketnya mahal sungguh...ngeeeee (dalam kepala dah darab bilangan dewasa dan anak2 yg wajib dibayar......= alamak??)

Tengok kat youtube je laaa....hihi.

p/s dok ngadap ketas2 spm ni....kemana lagi yg patut akak pegi selain berkurung di rumah! huhu.

Zyma Saad said...

Salam Na.....

Apa khabar? Lama mendiamkan diri...

:)