Monday, December 14

THE DOLPHIN AND SEA LION SHOW

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Baru hari ni tergerak hati nak publish entri baru. Kebelakangan ni saya bukan setakat malas nak blogging. Nak on lappy pun fikir dua tiga kali. Pernah sekali tu,saya on lappy...tapi boleh tertidur pulak.

THE DOLPHIN AND SEA LION SHOW berada di Sunway Pyramid sekarang ni. Kalau tak salah saya, dah dua minggu. Rugi kalau tak tengok. Selama ni tengok kat TV je. So, bila dah ada kat Malaysia ni, nak la tengok secara live.

So, semalam (Ahad) saya bawa anak-anak saudara untuk sama-sama menyaksikan pertunjukan dolphin dan sea lion. Memang teruja bila dapat tengok secara live. Penonton-penonton pun tak berhenti-henti bersorak. Show berjalan selama 40 minit. Dan sepanjang 40 minit tersebut, kami semua dihidangkan dengan pelbagai aksi menarik dari dua ekor ikan lumba-lumba dan dua ekor singa laut yang didatangkan khas dari Indonesia ini.



Di pintu masuk. Berbaris hampir 15 minit untuk masuk ke dalam.Moral of the story, datang lebih awal.


Dalam kolam ni ada dua ekor dolphin. Yang seekor lagi sedang asyik berenang.



Pertunjukan dimulakan dengan memperkenalkan dua ekor singa laut dan pelatih mereka. Nama singa laut tu saya tak ingat. Yang saya ingat nama pelatih mereka, Hermanto dan Sean.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya cuba upload video rakaman aksi-aksi dolphin dan juga sea lion. Malangnya, hampir dua jam menunggu...tiada apa yang berlaku. So, maybe next time saya upload video tersebut.

WASSALAM.


4 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Na.

show start pukul berapa dan berapa harga tiketnya?

~Kak AZZ~ said...

wahhh.....dulu pnh tgk sekali je dolphin buat pertunjukan live kat zoo negara.....mmg cerdik dan comey la dolphin ni kan...

rasa mcm nak bela je sekor....hehehe...

alang said...

Mcm Yunus Badawi ckp, nak tau gak berapa inggit tiket n start kul baper. :D

Jasnia said...

YB...>Wassalam. Setakat yang Na tau, show pukul 11.30 pagi, 3.330 petang dan 5.30 petang Isnin-Ahad. Harga tiket untuk dewasa RM 52, kanak-kanak RM 36. Extra rm15 untuk tangkap gambar personal dengan dolphin lepas show dah habis.

Kak Azz...>Hehehe...Na pun teringin nak bawak balik umah :)

Alang...>Soalan sudah dijawab :)