Tuesday, December 15

SAMBUNG PASAL DOLPHIN DAN SEA LION

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Okay, sambung pasal entri semalam. Sorry la kalau maklumat tak berapa lengkap. Berkenaan dengan harga tiket dan waktu pertunjukan (Kalau tak silap saya la), sila rujuk butiran di bawah:


THE DOLPHINS AND SEA LIONS SHOW

Masa: 11.30 a.m , 3.30 p.m , and 5.30 p.m (Isnin-Ahad)

Harga: Dewasa RM 52, Kanak-kanak RM 36

Show berjalan selama 40 minit, dimulakan dengan pertunjukan dua ekor sea lion dan kemudian disudahi dengan pertunjukan dua ekor dolphin.

Selepas show berlangsung, penonton boleh berbaris untuk berfoto dengan dolphin. Kalau tak salah saya, bukan semua orang boleh dapat bergambar personal dengan dolphin ni. Hanya mereka yang ada voucher sahaja boleh berbuat demikian.

Masa beli tiket, cuba tanya kat kaunter...ada bayaran tambahan tak untuk bergambar secara personal. Macam saya dan anak-anak saudara hari tu, suami saya dah uruskan hal tiket. So, kami terus line up untuk masuk ke dalam. Tak tau pun pasal voucher tu. Then, bila show dah habis...bila nampak orang line up, kami pun tanya pada salah seorang krew. Katanya, untuk bergambar secara personal, perlu ada voucher tambahan sebanyak RM 15. Takpe la...dapat tengok show pun dah kira puas hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya masih lagi mencuba SEDAYA UPAYA untuk upload video aksi-aksi dolphins and sea lions. Malangnya, saya tunggu terlalu lama. Sampai tersengguk-sengguk. Still tak boleh upload. Kat facebook senang pulak nak upload. Takpe la...Usaha tangga kejayaan. Nanti saya cuba lagi okay...

WASSALAM.





Monday, December 14

THE DOLPHIN AND SEA LION SHOW

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Baru hari ni tergerak hati nak publish entri baru. Kebelakangan ni saya bukan setakat malas nak blogging. Nak on lappy pun fikir dua tiga kali. Pernah sekali tu,saya on lappy...tapi boleh tertidur pulak.

THE DOLPHIN AND SEA LION SHOW berada di Sunway Pyramid sekarang ni. Kalau tak salah saya, dah dua minggu. Rugi kalau tak tengok. Selama ni tengok kat TV je. So, bila dah ada kat Malaysia ni, nak la tengok secara live.

So, semalam (Ahad) saya bawa anak-anak saudara untuk sama-sama menyaksikan pertunjukan dolphin dan sea lion. Memang teruja bila dapat tengok secara live. Penonton-penonton pun tak berhenti-henti bersorak. Show berjalan selama 40 minit. Dan sepanjang 40 minit tersebut, kami semua dihidangkan dengan pelbagai aksi menarik dari dua ekor ikan lumba-lumba dan dua ekor singa laut yang didatangkan khas dari Indonesia ini.



Di pintu masuk. Berbaris hampir 15 minit untuk masuk ke dalam.Moral of the story, datang lebih awal.


Dalam kolam ni ada dua ekor dolphin. Yang seekor lagi sedang asyik berenang.



Pertunjukan dimulakan dengan memperkenalkan dua ekor singa laut dan pelatih mereka. Nama singa laut tu saya tak ingat. Yang saya ingat nama pelatih mereka, Hermanto dan Sean.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya cuba upload video rakaman aksi-aksi dolphin dan juga sea lion. Malangnya, hampir dua jam menunggu...tiada apa yang berlaku. So, maybe next time saya upload video tersebut.

WASSALAM.


Wednesday, December 9

RAMAI ORANG SAYANG SAYA...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah...Saya ada masa terluang seawal pagi untuk berkongsi cerita dengan anda semua. Selalunya waktu begini, saya sudah berada di taska untuk turut sama menjaga dan melayan karenah anak-anak di sana. Pergi pagi...pulang petang, kadangkala malam. Bersama dengan anak-anak di sana, saya langsung tak berkesempatan (mungkin juga saya sengaja mencipta ketidaksempatan itu) untuk membelek blog mahupun facebook... :)

"Teacher Dina ada baby ye?"

"Dalam perut Teacher Dina ada gajah la..."

"Kita nak baring kat perut Teacher Dina la..."

"Dalam perut Mama kita pun ada baby juga..."

"Nanti baby Teacher Dina, boy ke girl?"

Hahaha...Dialog di atas semakin kerap saya dengar setiap kali meluangkan masa bersama mereka semua sebaik sahaja salah seorang staff memaklumkan kepada mereka bahawa saya sedang pregnant.

"No no no no...Jangan buat macam tu pada teacher. Dalam perut teacher ada baby. Kesian teacher" Kata Cikgu Linda, apabila Yaya dan Humaira berebut-rebut untuk duduk di atas riba saya.

"Teacher tak boleh dukung Humaira...Dalam perut teacher ada baby. Humaira dah berat. Nanti teacher tak larat..." Kata Cikgu Aisyah apabila Humaira merengek minta didukung seperti kebiasaannya.

"Kalau semua orang nakal, nanti Teacher Dina pengsan...Siapa nak tolong angkat?" Kata Cikgu Mira apabila kanak-kanak lelaki mula bertindak agresif melompat-lompat dan juga cuba bergusti di antara satu sama lain.

Ironinya, apabila nama saya dikaitkan dengan setiap akibat yang berlaku atas perbuatan mereka...segala kenakalan yang terserlah, lenyap begitu sahaja. Mengapa?

"Syebab Ammar shayang cicer Dina. Nanti kalau Ammar nakal, cicer Dina tak sayang Ammar"

"Yaya shuke cicer...Yaya takmau dukung tau...Yaya berat. Nanti cicer tak layat"...

"Saya tak nakal...Ammar tu yang suka buat saya"

"Mana ada! Kita tak buat...Muhammad tu yang tamak. Nak main bola sholang-sholang!"

"Tapi kita selalu line up...Ammar tak line up!"

"Kita line up je!!!!! Kita line up la!!!!" Biasanya bila dah ada adegan jerit-jerit macam tu...Akan berakhir dengan tangisan tak puas hati. Hahaha...Itulah namanya kanak-kanak.

Indah rasanya hidup ini bila disayangi ramai. Di taska, saya ada anak-anak yang sentiasa teruja setiap kali melihat kemunculan saya di pintu hadapan. Alhamdulillah...Semua staff saya juga menyayangi saya seikhlas hati. Sebaik sahaja saya memberitahu mereka bahawa saya sedang pregnant, mereka sama-sama melakukan solat hajat...Memohon kepada Allah S.W.T. semoga kandungan saya selamat. Dan yang lebih membuatkan saya bahagia, pelanggan-pelanggan saya juga menyayangi saya dengan memberikan tips-tips dan juga nasihat. Masih tergambar di ingatan apabila beberapa orang kakak (Pelanggan saya lebih selesa membahasakan diri mereka 'kakak' in stead of 'puan') melompat-lompat dan memeluk saya dengan erat sebaik sahaja staff saya memaklumkan mengenai berita gembira itu. (Saya malu nak bagitau sendiri ). Tak kurang juga ada kakak-kakak yang membebel kerana melihat saya berada di taska. Mereka mahu saya berehat secukupnya di rumah. Bukan berada di taska melayan karenah anak-anak yang boleh dikatakan semuanya aktif. Kakak-kakak yang bekerja sebagai jururawat pula, sibuk meraba-raba perut saya sambil membebel itu dan ini.

Di rumah, tentulah saya ada suami yang mengambil berat dan memahami. Sudah ada dialong begini:

"Mama dah minum shushu nemum? " (Mama dah minum susu anmum?)

"Hari ni mama naughty tak?"

"Mama mengaji surah apa hari ni?"

Dialog seorang ayah kepada baby:

"Tunggu 9 bulan 10 hari baru keluar tau...Jangan keluar sekarang. Kesian mama..."

"Nanti dah besar jangan gedik macam mama tau..."

Saya juga ada keluarga yang menyayangi saya. Saya ada Mak yang tak pernah jemu mengingatkan saya agar lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan. Abah juga kerap call untuk memastikan saya tidak melakukan kerja berat, kakak-kakak dan abang-abang menasihatkan itu dan ini. Adik-adik juga melakukan perkara yang sama. Ipar duai kerapkali call bertanyakan khabar. Kalau saya nak sebut satu persatu...Tak cukup page. Memadai kalau saya katakan...saya ada sebuah keluarga besar yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri saya. Tak lupa juga saudara mara, sepupu sepapat...Anak-anak saudara kedua belah pihak. Haa..kan saya dah cakap, tak cukup page!

Dan yang paling PENTING...Saya ada ANDA sebagai kawan-kawan yang sentiasa mendoakan saya. Peranan anda sama sahaja dengan mereka-mereka di atas. Segala doa,tips dan nasihat daripada anda amat saya saya hargai. Dan segala ucapan tahniah yang masih tak henti-henti saya terima dari anda, dibalas dengan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kehidupan anda dan mereka-mereka yang menyayangi serta mengambil berat tentang diri saya. TERIMA KASIH SEMUA.

WASSALAM




Thursday, December 3

BERDUA LEBIH BAIK, BERTIGA LEBIH BAHAGIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Ada maksud tersirat di sebalik tajuk di atas. Ada yang ingin meneka? Tak perlu...Saya lebih suka berterus terang. Apatah lagi, ini adalah berita baik yang ingin saya kongsikan bersama anda semua.

Lihat gambar di bawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Alhamdulillah...

Fakta 1 : Saya PREGNANT!

Fakta 2 : Saya PREGNANT kali ketiga bagi tahun 2009!

Fakta 3 : Saya PREGNANT lagi setelah mengalami dua keguguran pada April 2009 dan Julai 2009!

Fakta 4 : Saya PREGNANT kerana tidak pernah jemu meminta kepadaNya, dan kerana Dia mengasihi saya...Maka Dia mengurniakan saya nikmat yang tidak terhingga ini.

Saya hilang kata-kata untuk menzahirkan perasaan saya ketika ini. Saat dua line merah itu terpampang di depan mata, saya sudah kehilangan kata-kata. Berkali-kali saya gosok mata, berkali-kali juga saya mencubit lengan kanan dan kiri. Tak cukup dengan itu, saya tunjuk pada Abang agar dia dapat mengesahkan kewujudan dua line itu. Malangnya suami saya terpinga-pinga. Siap tanya saya balik, apa beza dua line dengan satu line. ( Dah banyak kali saya bagitau, kalau dua line maknanya pregnant. Kalau satu line, maknanya tak pregnant) . Silap hari bulan, benda alah pregnancy test tu pun dia tak tau, walaupun dah banyak kali saya bagitau.Hehehe...

Sudahnya, saya paksa Abang bersiap dan kami ke klinik berdekatan rumah. Biar doktor mengesahkan. Alhamdulillah...Doktor mengesahkan saya PREGNANT! Tell you what, doktor pulak yang over excited bertepuk tangan. He's so happy for us...Kalau doktor yang takde hubungan kekeluargaan dengan kami pun happy, apatah lagi saya dan suami. Pastilah super happy! Bersyukur kepada Allah SWT kerana segala yang berlaku ini adalah dengan izin dariNya.

Saya berdoa mudah-mudahan dua tragedi keguguran itu tidak berulang lagi. Saya mohon kepada anda semua agar dapat sama-sama mendoakan agar bayi dalam kandungan saya ini selamat dilahirkan, seterusnya membesar sebagai anak yang soleh/solehah.

Ada apa-apa nasihat yang ingin dikongsikan? Please...Kongsilah bersama saya. SHARING IS CARING.

Sehingga bertemu di lain waktu.

WASSALAM