Sunday, November 29

MENGAPA BLOG INI DIHASILKAN?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Kepada kawan-kawan yang pernah mengenali saya sebagai KAYU MANIS atau KM, pasti pernah menjadi follower atau pembaca blog SEHARUM KAYU MANIS.

Sayang seribu kali sayang, blog kesayangan saya itu telah diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sejak 18 November yang lepas, password blog tersebut telah ditukar hingga menyebabkan saya tak dapat sign in lagi ke blog tersebut. Dan untuk pengetahuan semua, entri bertajuk BLOG NI BUKAN BEST PUN bukan dikarang oleh saya, tetapi oleh PENCEROBOH tersebut. Jika dibaca isi kandungan entri tersebut, beliau seolah-olah mahu NYAHKAN SAYA DARI BLOG SENDIRI. Menyedari saya sudah tidak punya hak untuk sign in ke blog tersebut, maka dengan rasa rendah dirinya...Saya pun keluarlah secara terhormat dari situ.

Mengapa blog ini dihasilkan? Sejujurnya...Bila perkara ini berlaku, saya serik untuk ber'blogging'. Tapi saya sangat sayangkan persahabatan yang kita semua jalinkan di alam maya ini. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi kemesraan yang terjalin seolah-olah kita semua sudah kenal lama. Kita semua sama-sama berkongsi rasa. Skrin laptop menjadi saksi, kadang-kadang saya tersenyum, ketawa...Malah kadang-kadang turut menangis setiap kali membaca baris-baris ayat yang kalian coretkan. Maka disebabkan itu, saya wujudkan blog ini.

Mengapa DIARI JASNIA? Saya gunakan nama SEHARUM KAYU MANIS pada blog terdahulu kerana suatu ketika dulu, bekas gula saya telah dimasuki semut. Dan hanya dengan meletakkan beberapa batang kulit kayu manis di dalam bekas gula itu, semut lari...Hasilnya air teh saya berbau harum dan manis :) Dari situlah wujudnya blog SEHARUM KAYU MANIS.

Dan sekarang...DIARI JASNIA! Tidak ada cerita di sebalik nama blog ini. Tetapi saya abadikan gabungan nama saya dan suami- JASNI dan NORDINA. Suami saya selesa dipanggil Jas, dan saya pula selesa dipanggil Na. Untuk menzahirkan rasa cinta dan kasih saya terhadap suami, dengan rela hati saya nukilkan nama penuh beliau (JASNI) dan cukup sekadar huruf terakhir pada nama saya (A) digunakan untuk menamakan blog ini. JASNIA adalah gabungan nama yang unik dan serasi bagi kami berdua. Saya sangat sukakannya!

DIARI JASNIA bukan sekadar menceritakan mengenai liku-liku hidup saya dan suami. Tapi saya suka bercerita apa sahaja. Kadang-kadang saya teringin nak jadi minah kepoh yang suka bergossip tak tentu hala. Ada ketikanya pula, saya suka jadi Mak Andeh yang sebenarnya tak tau apa, tapi buat-buat tau. Kena mood saya nak jadi ustazah, slot tazkirah akan saya selitkan pada setiap hari Jumaat. Kalau saya teringin nak menunjuk-nunjuk dan berlagak terror, mungkin akan ada beberapa resepi cilok menjilat jari yang akan dikongsikan di sini .Tiba-tiba, datang angin saya nak jadi penglipurlara...Maka persiapkanlah diri kalian untuk membaca sesuatu yang merapu meraban dan merepek dari saya. Biasanya saya suka mendongengkan kenangan pahit manis yang telah saya lalui suatu ketika dahulu. Dan jika anda ingin lihat sesuatu yang matang atau mungkin profesional dalam diri saya, insyaallah saya juga akan bercerita mengenai suka-duka saya menjalankan perniagaan TASKA dan TADIKA sejak tahun 2006 hingga sekarang. Pendek kata, dalam DIARI JASNIA, macam-macam ada! Insyallah.

Oh ya...Sebelum saya mengundur diri, ingin sekali saya berpesan...Harap anda semua jangan serang pemilik baru SEHARUM KAYU MANIS. Biarlah dia berkarya sebebasnya di blog itu. Dia telah saya maafkan dengan seikhlas hati. Mungkin saya kenal orangnya, tapi saya tak berani meneka sebab saya takut jika dia adalah orang yang paling tak disangka-sangka. Walaupun ada sedikit rasa sakit hati, tapi kadang-kadang saya rasa seronok juga mengintai blog tersebut. Manalah tau kalau-kalau ada entri baru yang 'mengusik' saya lagi...Boleh la jadi bahan gelak saya dan suami. Ahli keluarga pun dah tahu blog itu bukan hak saya lagi. Maka kami semua boleh bergelak ketawa apabila bercerita mengenai kisah 'pencerobohan' tersebut. (Mulai hari ini, tutup cerita pasal dia)

Sehingga bertemu di lain waktu.

Wassalam.



14 comments:

Tirana said...

Salam Na..lega bila dapat tahu ini blog Na yang sebenarnya..Confius kak tirana sekejap..hehehe..

So bolehlah kak tirana delete link KM. Untuk apa ke situ lagi. Kak tirana pun tak suka bersahabat dengan penceroboh. Lagipun kak tirana tak kenal dia. Biarlah dia syok sendiri dalam blog curi dia tu..hehehe.. Nanti kak tirana update link blog baru ni...

Selamat berkarya di Diari Jasnia!

hamizah said...

salam Na..
bagus lah tak putus asa..teruskan berceloteh dan berkarya..

AYU IDRIS said...

Salam kenal2 dan ziarah utk sis...

Waah..dugaaan yg hebat tu! Apapun, selamat meneruskan penulisan di blog baru ye!

ASYIQ said...

Salam Na,

Sorry lambat dtg sini, mlm td baru balik dr kg. Rindu tak terkira....

Mula2 rasa sukee sbb Na gunakan gambar ni pd profile Na. Gambar bulan ni kak ngah pernah print dr google image sbb dia nak lukis dlm satu pertandingan melukis....dpt saguhati je...hihi. Kata orang dah kenal sblm bertemu....hihi.

Keduanya akak terkejut dgn kenyataan Na bhw blog KM tu dh tak boleh dibuka sendiri oleh Na. Betapa dahsyatnya penceroboh itu....rupanya dia tak tau nk sign in blog sendiri. Tapi sygnya....banyak sungguh memori Na kat blog tersebut. Mcm2 coretan ada....

Akak setuju dgn pandangan Na ttg rakan maya ni.....akak suka berblog sbb akak dapat macam2....persahabatan, ilmu, pengalaman dan macam2 lg. Tak mungkin akak meninggalkan dunia blogger wpun tak seaktif mana.

Tahniah di atas kelahiran JASNIA!!!
Akak ttp sokong Na.

Zyma Saad said...

Salam Na....

Apa khabar??

Lega Akak dah dpt baca penulisan kamu lagi. Akak ingat kita tak akan b`jumpa lagi dlm alam maya ni.

Biarlah dgn org tu ye...jiwa dia pasti ada masalah yg belum selesai.
Yg lepas biarlah lepas ye. Biar ALLAH yg menghakimi segalanya.
Na tak perlu tahu siapa org tu... jgn sakiti diri sendiri. Lupakan kisah lalu ye.

Mulakan hari baru dgn blog baru yg lebih ceria, ok.

take care, Dear.

;)

ArPeGGiOS said...

salam....

sekarang jugak akak delete link blog tu.

jangan putus asa ya.... selamat bercerita di blog baru nih.

CuTeMiUt78 said...

alkisah nya... eemmm mula confuse gak.. eh.. sapa jasnia ni ya.. bila baca sini ohh.. baru tau..
takpe la na.. apapun semoga tabah menghadapi dugaan ni k

LuN said...

sampai mcm tu skali penceroboh tu buat. siap tukar pssword.
kekna kenal ke org tu?
ces ces!

Pn Kartini said...

Salam My dear Na..
Salam perkenalan:)

Masih terfikir2 macamne blh blog diceroboh olh org lain..bimbang jgk..
memang tak patut...
Namun syabas..kerna masih tdk berputus asa utk berblog semula:):)

Yunus Badawi said...

Salam Na.

Maaf saya dapat sempat nak jenguk rumah baru Na ini lebih awal. Jadi pengikut pun sekadar selepas org yg ke 10 huhuhu.

Dipandang dari sudut positif, blog Na sebelum ni sgt berharga sehingga ada yg sanggup 'menculiknya'. Kalau blog saya bagi free pun rasanya takde siapa yg hendak hehehe

Teruskan berblog dan bersahabat.

cikMilah said...

Salam... kesiannya baca kisah blog Na kena ceroboh. Terus berkarya di medan baru ini
Salam kenal. Kita link ya

Yanmie said...

salam kak,

fuh baru tau citer sebenarnye...

~Kak AZZ~ said...

salam....

okay...nnt akak ltk link baru ni kt blog akak...Tp blog SKM tu akak tetap follow sbb ada info2 yg menarik/berguna di situ....

Yg baik kita ambil....yg buruk kita buang....tp kain buruk banyak gunanya....ekekekeke....

Che' Pit said...

salam..

hmm org mcm tu pun ada ek..
ish ish ish.. mmg x patut sungguh le itu org..

org buat blog elok2, penat2, cantik2, dia senang2 je nak ceroboh hak..