ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Dah lama rasanya saya tak update blog. Kebelakangan ni memang malas nak mengadap lappy. Jangankan blog, facebook dengan email pun tak terjenguk. Elok juga rasanya macam ni. Mendidik anak dalam kandungan supaya tak terlampau taksub dengan kecanggihan IT... :)
Tajuk kat atas tu macam gempak je. Tapi memang betul. Sepanjang 28 tahun saya hidup, ini la kali pertama saya berdepan dengan situasi ala-ala Expose mistik ni. Sungguh! Peristiwa ini memang bagi pengajaran yang cukup mendalam untuk saya dan insan-insan di sekeliling saya. Bukan setakat bagi pengajaran. Tapi membuatkan rasa geram dan marah bercampur menjadi satu, dan akhirnya wujud rasa trauma dan juga fobia yang tidak keterlaluan.
Sebenarnya, saya cukup susah nak berkongsi segala masalah yang berkaitan dengan taska dan tadika saya. Even dengan family pun, saya akan pastikan mereka mendengar cerita yang menyenangkan sahaja. Tapi apa yang berlaku baru-baru ni membuatkan saya terpaksa membongkarkan segala cerita-cerita yang amat tidak menyenangkan sekaligus mengundang rasa tidak selesa di kalangan kami sekeluarga. Saya mengambil risiko yang agak tinggi untuk berkongsi cerita ini. Niat saya, sekadar ingin berkongsi pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.
Jun 2009... Kalau ada yang masih ingat, saya pernah bercerita di blog SEHARUM KAYU MANIS mengenai mimpi-mimpi berkaitan ular yang saya alami. Rentetan dari itu, taska saya mengalami kemerosotan jumlah kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada penarikan diri dari pihak pelanggan dengan alasan-alasan yang sangat munasabah seperti 'dah dapat maid', 'mak datang dari kampung, nak jaga anak-anak', 'hantar di rumah jiran', dan tak kurang juga ada yang memberi alasan nak 'bertukar angin coz anak dah boring dengan kawan-kawan di taska'. Alhamdulillah...Setelah menjalani rawatan di Darussyifa', akhirnya saya tidak diganggu mimpi-mimpi berkenaan ular lagi. Pun begitu, jumlah kanak-kanak di taska telah merosot sebanyak 30%. Manakala tadika mengalami kemerosotan jumlah kanak-kanak yang amat teruk iaitu sebanyak 70%. Tak apa la...Hidup ibarat roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. . . Saya redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan untuk saya.
Julai 09-November 09, taska beroperasi seperti biasa manakala tadika pula beroperasi seperti hidup segan mati tak mahu. Seperti yang saya katakan tadi, tak mengapa la. Ini sudah bahagian saya. Dalam tempoh ini, terdapat sedikit penambahan bilangan kanak-kanak di taska sebanyak 5%. Itupun sudah memadai bagi saya. Cuma, ada masalah lain yang timbul. Tiga pekerja memohon untuk berhenti dengan alasan yang boleh diterima akal. Ingin berkahwin, dapat kerja yang lebih baik dan nak jaga mak yang sakit. Okay...Saya let go sahaja. Cari pekerja baru. Saya minta pekerja lama yang masih ada untuk memberi latihan dan tunjuk ajar. Sesuatu yang memenatkan bagi pekerja lama, tapi saya pujuk mereka supaya tabah mengharunginya. Alhamdulillah...Pekerja baru cepat belajar. Taska dapat dikendalikan dengan sebaiknya. Malah agak seronok mempunyai pekerja seperti mereka yang sangat berinisiatif untuk memperbaiki mutu perkhidmatan taska yang telah tercalar tanpa sebab yang kukuh. Team lama dan team baru bersatu untuk membantu saya untuk memulihkan keadaan. Mereka sama-sama melakukan solat hajat dan tahajjud hampir setiap malam. Ayat-ayat Ruqyah Syar'riyah juga sentiasa berkumandang di taska dan tadika. Tidak cukup dengan itu, setiap malam mereka akan mengaji beramai-ramai dan berdoa semoga keadaan akan pulih seperti sediakala.
Dan, dek kerana ini jugalah maka 'sesuatu' telah mengamuk dan mula menunjukkan belang. Pertengahan Disember 09, semua pekerja mula mengalami peristiwa aneh dan agak menyeramkan. Mungkin ramai yang tidak percaya jika saya katakan, mereka mengalami gangguan yang kadang-kadang tak boleh diterima dek akal. Pernah suatu ketika, salah seorang pekerja membaca surah Yaasin...Tiba-tiba tubuhnya yang sedang bersila telah terapung seketika dan kemudian terhempas semula ke lantai. Sakitnya bukan kepalang! Seorang lagi pekerja, ketika sedang bersiap-siap untuk tidur telah mendapati dirinya direnung dengan jarak yang sangat dekat, sampai boleh dengar desahan nafas lagi. Seorang lagi pekerja, dengan izin Tuhan telah dinampakkan 'sesuatu' yang menyerupai seekor kingkong berbulu lebat. Ada lagi seorang pekerja, ketika selesai melakukan solat tahajjud, tiba-tiba telinga kanannya menebal dan berasa pijar seperti terkena cili., kemudian tiba-tiba disergah oleh satu suara yang entah dari mana datangnya. Ada banyak lagi peristiwa tak masuk dek akal yang mereka alami. Kami simpan semua cerita itu dalam lipatan kenangan.
Ketika itu, kandungan saya mengalami sedikit masalah hingga menyebabkan saya perlu kerap berjumpa doktor untuk pemeriksaan terperinci. Suami pula ke luar negara. Jadi saya terpaksa pulang ke kampung supaya Mak dan Abah dapat menjaga dan membawa saya berjumpa doktor.
Bodoh rasanya jika saya sekadar mendiamkan diri apabila pekerja bercerita mengenai gangguan yang mereka alami. Bayangkan...Saya tidak dapat berada di sisi pekerja-pekerja saya saat mereka amat memerlukan kehadiran saya dan suami. Tapi, saya bersyukur, kesemua mereka memahami keadaan saya. Di kampung, saya hubungi Ustaz dari Darussyifa' dan bercerita secara ringkas mengenai gangguan tersebut. Bukan rezeki saya, ustaz yang biasa merawat saya tidak dapat membantu kerana mempunyai urusan lain. Saya diperkenalkan dengan seorang lagi rakannya, juga dari Darussyifa' yang kebetulan tinggal di taman yang berdekatan dengan taska saya.
Dipendekkan cerita, dua orang pekerja saya telah pergi ke rumah ustaz tersebut untuk memohon bantuan. Rupa-rupanya ustaz baru dua hari sampai dari Mekah, menunaikan fardhu haji. Dalam keadaan 'jet lag', ustaz sempat bergurau mengatakan kehadiran dua orang pekerja saya dirumahnya telah diiringi oleh beberapa 'orang' dari taska dan tadika. Kata ustaz, ada dua kemungkinan. Yang pertama, gangguan sihir. Dan yang kedua, mungkin disebabkan tapak taska dan tadika. Ustaz memberikan beberapa botol air penawar dan juga sebekas garam dan lada hitam untuk dibawa pulang ke taska dan tadika. Dia berjanji untuk datang keesokan hari bagi membantu menghalau sebarang bentuk gangguan yang telah berlaku kebelakangan ini.
Keesokan hari, ustaz menghubungi penyelia taska dan menyatakan bahawa keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkannya untuk membantu dalam masa terdekat ini. Insyaallah beliau akan segera datang sebaik sahaja demamnya kebah. Ketika penyelia taska menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai perkara ini, airmata saya jatuh berderai. Ikutkan hati, saya nak sangat balik ke sana untuk sama-sama mengharungi sebarang bentuk gangguan yang mereka alami. Tapi dalam masa yang sama, doktor telah menasihatkan saya supaya tidak melakukan banyak pergerakan...Apatah lagi memandu.
Akhirnya saya terpaksa bercerita kepada Mak dan Abah mengenai masalah di taska dan tadika, dengan harapan Mak dan Abah dapat membantu menyelesaikannya. Dan rupanya, apabila bercerita sedikit sebanyak mengenai hal ini kepada ahli keluarga...Beban yang saya tanggung kebelakangan ini menjadi ringan seringan ringannya. Moral of the story... kalau ada problem, lekaslah berkongsi dengan keluarga selagi ianya boleh dikongsi.
Kaklong saya segera memperkenalkan seorang ustaz. Dan dengan izin Allah, ustaz inilah yang membantu memulihkan taska dan tadika saya dari gangguan sihir. Insyaallah nanti saya akan sambung mengenai proses rawatan yang dilakukan dalam usaha memulihkan kembali taska dan tadika daripada sebarang bentuk gangguan.
Sehingga berjumpa di lain waktu.
WASSALAM.

8 comments:
celakalah ke atas org2 yg menyekutukan Allah ni... teruskan hidup & berusaha memperjuangkan hidup Na walaupun badai/taufan dtg melanda... harap2 problem Na ni akan pergi x takkan kembali...
tertunggu2 sambungan citer Na...
kesal sgt... masih ramai lg manusia yg jahil di dunia ini... x takur pd Allah...
entah nak komen apa,Na..
sbb org kita mmg ada phd yg melampau-lampau sesama kita. sbb tu la ssh nak maju
semoga Na terus kuat, tabah serta sabar dgn semua dugaan ini. Yg penting, jg kesihatan dn kandungan!! akak doakan semoga semua kejahatan ke atas taska dan tadika na akan berakhir!!
Kuat tu sihir yang diguna.... sedih bila ingatkan sifat PHD yang ada pada manusia.. minta jauh dari kita semua ada penyakit hati ni. Moga dipermudahkan urusan Na!
Semaoga Na terus tabah menghadapi segala dugaan ...
Salamelekom, wbt adikku Jasnia yang mempesona. Wah! abg bagi gelaran barulah hari ini... Mempesona? Teringat pula lagu nasyid berkaitan kata mempesona ni :)
Didoakan semoga adik di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-NYA. Harap-harap juga Bro Jasni begitulah hendaknya, terutama baby di dalam kandungan itu yer.
Bila abg baca n3 di atas, sememangnya abg tidak heran kerana begitulah lumrahnya kehidupan yang kita perlu lalui. Moga-moga adik akan terus disimbahkan ketabahan yang melangit tingginya di dalam memghadapinya.
Betul tu dek oiii, minta bantuan famili kalau ada masalah, lebih-lebih lagi kepada suami tercinta, usah ragu-ragu meluahkan segala-gala masalah kepadanya kerana itulah peranan suami yang memikul tanggungjawab sedemikian rupa. :) Senyum-senyum saya pada bro Jasni.
memohonlah pertolongan hanya kepada Nya, salam kenal
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment